Sunday, 14 July 2013

KILANG UBAH WAKTU REHAT


Sebuah syarikat semikonduktor berstatus multinasional yang beroperasi di Telok Panglima Garang di Banting, Selangor didakwa menindas pekerja beragama Islam dengan mengubah jadual waktu rehat sepanjang Ramadan tanpa perbincangan.
Presiden Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung, Wan Noorulazhar Mohd. Hanafiah mendakwa, syarikat itu bertindak meminda jadual pekerja syif malam dengan mempercepat waktu rehat pertama dan melewatkan waktu rehat kedua.
Berikutan itu, dakwanya, pekerja syarikat semikonduktor nombor satu di Asia dan ketiga dunia itu terpaksa bekerja dalam tempoh lapan jam tanpa henti sebelum menunggu waktu rehat kedua.
Tambah beliau, arahan itu dikeluarkan menerusi surat pekeliling bertarikh 2 Julai lalu yang meminta pekerja syif pukul 7 petang mengambil rehat pertama pukul 7.15 petang berbanding 10 malam sebelum ini dan rehat kedua pukul 4 pagi bersekali sahur.
"Tetapi masalahnya mereka terpaksa bekerja selama 12 jam dan menerusi jadual baharu itu juga semua pekerja terpaksa bekerja selama lapan jam tanpa henti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Wan Noorulazhar, tindakan itu jelas melanggar Akta Kerja 1955 di bawah Seksyen 60A (1) yang tidak membenarkan pekerja bekerja lebih lima jam berturut-turut tanpa rehat kurang daripada 30 minit.
Katanya, penindasan itu turut bertentangan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) yang mensyaratkan majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerjanya semasa bekerja.
Tambah beliau, jika pekerja tidak mendapat rehat yang cukup dan dipaksa bekerja di bawah tekanan tinggi pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku di tempat kerja.
Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang didakwa gagal menangani masalah tersebut meskipun aduan rasmi dan bukti telah diserahkan.
"Kami ada berhubung dengan JTK tetapi mereka minta pekerja berbincang dengan majikan, masalahnya pekerja terbabit tidak mempunyai kesatuan dan majikan boleh berbuat sesuka hati termasuk memecat mereka kerana tidak berpuas hati," katanya.
Dalam masa sama, beliau merayu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat campur tangan dalam isu itu kerana majoriti pekerja di syarikat terbabit ialah wanita dan mereka perlu berdiri sepanjang tempoh 12 jam bekerja.


Monday, 3 June 2013

MTUC mahu DOSH siasat kematian akibat kemalangan di tempat kerja

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) melakukan siasatan segera berhubung tiga kemalangan di tempat kerja membabitkan kematian di Lembah Klang baru-baru ini.

Naib Presidennya A. Balasubramaniam berkata DOSH harus mengambil tindakan tegas terhadap majikan jika wujud unsur kecuaian dalam ketiga-tiga kes berkenaan.

Mereka yang bersalah harus dibawa ke muka pengadilan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pertama kira-kira sebulan lalu, seorang lelaki terbunuh apabila keretanya ditimpa objek yang jatuh daripada sebuah kren di kawasan pembinaan di Subang, manakala kejadian kedua membabitkan sebuah lori yang mengangkut beban berat terbalik dan membunuh seorang pengguna jalan raya.

Kejadian ketiga membabitkan seorang pekerja warga asing yang maut selepas dihempap kontena di Westports, Pelabuhan Klang.

sumber berita sila klik (sini)

Friday, 31 May 2013

Mahkamah Tinggi memutuskan Abdul Halim kekal setiausaha agong MTUC

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa penyingkiran Abdul Halim Mansor sebagai Setiausaha Agong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) sebelum ini tidak sah dan terbatal.
Keputusan dibuat oleh hakim selepas mendengar hujah peguam D. Kalai yang mewakili Abdul Halim dan P.Mithran mewakili defendan,presiden MTUC Khalid Atan.

Kalai memberitahu wartawan bahawa Hadhariah juga memutuskan plaintif masih lagi Setiausaha Agung MTUC sehingga pengundian jawatan sama diadakan dalam Mesyuarat Perwakilan kongres itu yang dibuat setiap tiga tahun.

Abdul Halim dilantik selaku setiausaha agung MTUC oleh Majlis Am pertubuhan itu pada 3 Mac lepas. Kalai juga berkata dengan keputusan itu, pelantikan N. Gopal Krishnan sebagai Setiausaha Agung menggantikan Abdul Halim adalah tidak sah dan terbatal. 

Sementara itu, Mithran ketika ditemui enggan memberi komen mengenai keputusan berkenaan dan pihaknya belum lagi memutuskan sama ada mahu membuat rayuan terhadap keputusan itu. Abdul Halim dan Mohd Khalid adalah anggota Jawatankuasa Kerja MTUC bagi sesi 2011-2013.


berita keputusan mahkamah ini sila klik (sini)

Friday, 3 May 2013

Piket NUBE di Segamat berunsur politik?

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam memaklumkan kepada wartawan bahawa piket Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) di Segamat iaitu tempat beliau bertanding sebagai calon Parlimen adalah berunsur politik.beliau menyatakan bahawa tujuan piket iaitu isu kesatuan dalaman Maybank sudah menjadi kes mahkamah dan mendakwa NUBE cuba melakukan provokasi menjelang pengundian pada 5 Mei ini

Kenyataan Subramaniam itu boleh di lihat di (sini)

Isu yang dinyatakan oleh Datuk Seri Subramaniam mengenai piket NUBE mengenai isu kesatuan dalaman Maybank hanyalah satu isu yang dibangkitkan.Ada juga beberapa lagi isu pekerja yang masih gagal ditangani oleh Subramaniam termasuk isu pelaksanaan gaji minimum dan isu persaraan umur 60tahun.Selain daripada NUBE,Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) juga telah turun berkempen di sekitar segamat untuk menjelaskan dan memberitahu pengundi di Parlimen tersebut agar menolak menteri yang gagal menangani isu pekerja dan lebih menjaga kepentingan majikan.

Sementara itu,Piket NUBE yang pada mulanya berjalan lancar dilaporkan mula kecoh dengan kehadiran sekumpulan lelaki dari sebuah parti politik yang tidak senang dengan kehadiran mereka.Kehadiran kumpulan itu telah  melakukan provokasi terhadap ahli NUBE.Pihak polis dilaporkan telah mengambil langkah berjaga dengan mengarahkan piket itu bersurai dan meminta ahli NUBE untuk membuat kenyataan di balai polis Segamat setelah laporan polis mengenai piket itu dibuat.
kisah NUBE klik (sini)
Subramaniam  jelas bimbang dengan situasi di Parlimen Segamat sekarang yang akan memberi kesan kepada pengundi di Parlimen tersebut untuk mengekalkan beliau pada PRU13 kali ini...beliau ternyata terdesak dengan situasi ini kerana daripada perkembangan semasa dilihat,kaum cina ternyata telah menolak beliau.Ini menyebabkan beliau mahu meraih undi daripada kaum india dan melayu namun isu kegagalan beliau semasa menjadi menteri akan memecahkan undi tersebut yang boleh menyebabkan beliau kalah pada PRU13 ini.
Kepada rakan-rakan MTUC teruskan kempen Tolak Subramaniam....berani kerana benar...
kepada Subramaniam...ini bukan isu politik sahaja tetapi ini isu pekerja...kamu nyata gagal dalam membela hak dan menjaga kebajikan pekerja...
TOLAK SUBRAMANIAM!!!TOLAK SUBRAMANIAM!!!


Wednesday, 1 May 2013

Selamat hari buruh dan teruskan perjuangan...Hidup Pekerja!!

SELAMAT HARI PEKERJA diucapkan kepada seluruh pekerja di Malaysia.Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) pagi tadi telah mengadakan sambutan hari pekerja di perkarangan MTUC di Subang Jaya.dilaporkan lebih 1000 pekerja dari pelbagai kesatuan menghadiri program ini.Tahniah kepada MTUC.
berita lanjut klik (sini)

hari ini juga,dilaporkan bahawa Kesatuan kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank(NUBE) telah mengadakan piket dan kempen di Segamat bagi memberitahu kepada masyarakat di Parlimen tersebut untuk menolak S.Subramaniam.Kempen ini dijangka berlangsung sehingga 3 Mei 2013.
kisah NUBE sila klik (sini)

2 Mei 2013 seperti yang dilaporkan sebelum ini klik (sini) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga dijangka akan turun ke Segamat untuk kempen agar rakyat di parlimen Segamat menolak S.Subramaniam yang dilihat gagal dalam membela pekerja di negara ini.kegagalan demi kegagalan beliau dalam menangani isu pekerja seperti pelaksanaan gaji minimum yang menyebabkan pekerja bangkit dalam piket di seluruh Malaysia sila klik (sini).

Teruskan perjuangan....Doa pekerja mengiringi rakan-rakan seperjuangan di parlimen Segamat...bantah,protes Subramaniam dan dedahkan kepada masyarakat di sana apa yang berlaku kepada pekerja setelah S.Subramaniam menjadi menteri sumber manusia...lawan tetap lawan...Tolak Subramaniam!!!!

suasana di sambutan hari pekerja
video klik (solidarity song)

                                               
          Kempen tolak S.Subramaniam


Wednesday, 24 April 2013

Calon PRU13 perlu mengiktiraf Manifesto Pekerja untuk mendapat sokongan MTUC dan undi pekerja swasta?

Hari ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) telah membentangkan 9 tuntutan utama dalam manifesto pekerja bagi diiktiraf oleh calon yang bertanding dalam Pilihanraya ke-13(PRU13).Tanpa mahu mencampuri hal politik kini,MTUC melalui Presidennya Mohd Khalid Atan menjelaskan akan kepentingan tuntutan ini kepada kaum pekerja terutamanya pekerja swasta.

Menurut beliau,MTUC akan menyokong penuh calon PRU13 yang mengiktiraf dan mahu merealisasikan tuntutan-tuntutan ini yang dibuat untuk memberi manfaat kepada umum secara keseluruhannya.Pekerja juga mahu bakal kerajaan yang dibentuk melaksanakan undang-undang yang digubal dengan tegas  dan bukannya di lewatkan, ditangguh atau dimansuhkan atas desakan dan permintaan dari pihak-pihak yang mementingkan kepetingan sendiri terutamanya atas pengaruh dari pihak syarikat besar(multi Nasional corporation) atau mana-mana krooni yang inginkan keuntangan semata-mata dari memberi keutamaan kepdaa kebajikan kaum pekerja.

Setiausaha Agong MTUC, Gopalkishnam pula menyatakan bahawa segala tuntutan yang dibuat oleh MTUC adalah selari selari dengan hak asasi dan Undang-undang Perburuhan Antarabangsa (ILO) dan mampu dilaksanakan oleh pihak yang akan memegang tampuk pemerintahan nanti.

Antara tuntutan dalam manifesto ini :

  1. Menghapuskan dengan serta merta, segala bentuk ancaman, penindasan, tindakan yang menghakis kualiti hidup dan menggugat kesejahteraan kaum pekerja.
  2. Menghentikan semua jenis amalan diskriminasi pekerjaan tanpa mengira kaum, gender, agama dan sebagainya; 
  3. Menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dengan mengiktiraf dan mengubal segala undang undang yang menyekat hak kebebasan berkesatuan dan hak bersuara;
  4. Meminda peruntukan undang-undang buruh yang lapuk  dengan mematuhi Deklarasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1998 berkenaan prinsip prinsip asasi dan hak hak di tempat kerja;
  5. Mengutamakan Jaminan Pekerjaan (Job Security);
  6. Menghapuskan pengswastaan semua perkhidmatan keperluan asas awam; 
  7. Menghapuskan amalan penyumberluaran (out-sourcing) dan penggajian pekerja secara  sistem kontrak;
  8. Pengambilan dan pengurusan pekerja pekerja asing hanya melalui,  Kerajaan ke Kerajaan (Government to Government);
  9. Membina lebih banyak rumah mampu milik bagi pekerja pekerja yang berpendapatan rendah.

Oleh itu,kepada calon-calon dan parti politik  yang bertanding pada PRU13 ini perlulah mengiktiraf manifesto pekerja ini untuk mendapat sokongan dan undi pekerja swasta.
untuk kisah mengenai tuntutan ini sila klik(sini)

Monday, 22 April 2013

Subramaniam akan hadapi "kesukaran" dalam PRU13 di Segamat?

Bekas menteri Sumber Manusia,Dato' Seri Dr. S.Subramaniam berkemungkinan akan menghadapi saat getir dalam karier politiknya dalam pilihanraya ke-13(PRU13) yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.Beliau yang bertanding di P.140 Parlimen Segamat akan menghadapi calon "heavyweight' dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Chua Jui Meng.

Subramaniam yang juga penyandang Parlimen tersebut bukan sahaja akan menghadapi lawan yang berpengaruh di Johor itu tetapi juga dilaporkan akan menghadapi kempen dari Kesatuan sekerja yang melihat kegagalan beliau dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pekerja semasa menjadi Menteri Sumber Manusia.

Perkara ini telah dibawa ke mesyuarat majlis Am MTUC yang telah memutuskan untuk mendedahkan perkara dan isu yang berkaitan pekerja di tempat beliau bertanding agar masyarakat di situ menyedari dan mengenali siapa calon mereka ini.

Banyak isu-isu pekerja yang dikatakan gagal ditangani oleh S.Subramaniam seperti gagal menghalang sistem kerja kontrak (outsourching) ,gagal menguatkuasakan gaji minima dengan sepenuhnya sehingga berlaku "piket" di seluruh Malaysia,gagal meningkatkan sosio ekonomi pekerja swasta,gagal menghalang "union busting" dan gagal membantu penubuhan kesatuan sekerja.

Pemimpin Kesatuan Sekerja dibawah naungan MTUC akan turun ke Parlimen Segamat dibantu oleh warga kerja akan mendedahkan perkara berbangkit mengenai isu-isu pekerja dan seterusnya mengajak masyarakat menolak S.Subramaniam sebagai Ahli Parlimen Segamat seterusnya kembali menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia.

Lantaran itu,kepada semua pekerja swasta di seluruh Malaysia amnya dan sekitar negeri Johor khasnya diminta beramai-ramai 'turun' ke Segamat untuk membantu dalam mendedahkan kegagalan bekas menteri sumber manusia ini...Ayuh bangkit suara pekerja tumbangkan S.Subramaniam!!!!
melihat antara  kegagalan S.Subramaniam klik (sini)
tuntutan pekerja sila klik (sini)