Hari ni Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM) telah mengadakan tindakan perusahaan (piket) yang dinamakan PIKET 2.0 di Kementerian Sumber Manusia.Piket ini diadakan kerana KSIEWBSM melihat Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan(JPP) gagal untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai pengiktirafan Kesatuan beberapa kilang elektronik di bawah KSIEWBSM yang telah menjangkau sehingga 3 tahun lebih.
Hari ini KSIEWBSM telah mengadakan piket tersebut di hadapan pejabat Kementerian Sumber Manusia pada pukul 3.15 petang dengan kehadiran 150 pekerja.Presiden KSIEWBSM Wan Noorulazhar berkata,kehadiran mereka adalah tanda kecewa dengan isu pengiktirafan Kesatuan yang dikatakan telah mengambil masa yang agak lama sedangkan piagam atau polisi yang ada di Kementerian mengenai perkara ini tidaklah mengambil masa sebegitu lama.Tempoh masa yang diambil oleh pihak JPP dibawah Kementerian Sumber Manusia ini amat dikesali kerana akan memberi kesan kepada pekerja seperti menerima tekanan daripada majikan sehinggakan ada pekerja yang dipecat dan isu Union busting akan berlaku.Isu pengiktirafan ini juga memberi kesan kepada kebanyakan isu seperti isu pelaksanaan gaji minimum yang memberi ruang kepada majikan memasukkan elaun-elaun dalam gaji tanpa PERUNDINGAN dan isu Kontraktor Tenaga Kerja.Kebanyakan pekerja eletronik di bawah KSIEWBSM menerima kesan daripada isu-isu ini dan beliau yakin pekerja sektor lain juga menerima nasib yang sama.
Menurut beliau lagi,PIKET 2.0 ini adalah kesinambungan piket terdahulu iaitu pada 12 Ogos 2011 di tempat yang sama dan isu yang sama.Ini jelas melihat ketidakseriusan pihak Kementerianmelalui Jabatannya menangani perkara ini dan memungkiri janji pada perbincangan yang lalu mahu meyelesaikan perkara ini dengan segera.
untuk melihat video klik di(sini)
SUASANA PIKET 2.0
SUARA PEKERJA!!!SUARA KESATUAN!!!SUARA KESEDARAN!!!SUARA KEBANGKITAN....!!!dari pekerja untuk pekerja
Thursday, 14 March 2013
Monday, 11 March 2013
Perdana Menteri umumkan berita baik kepada kakitangan awam
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Perkara ini diumumkan oleh Najib menyatakan semua inisiatif ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.
Beberapa berita baik yang diumumkan oleh kerajaan adalah berkaitan kenaikan gaji kerajaan,penyambungan kontrak setahun untuk pegawai kontrak yang akan tamat pada 31 Disember 2013,pangkat dalam ATM dan PDRM disetara dengan perkhidmatan awam, Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR.
Pengumuman Perdana Menteri ini adalah menunjukkan komitmen kerajaan kepada pekerja sektor awam.Menjadi persoalan di sini adalah bagaimana komitmen kerajaan kepada sektor swasta?Isu pelaksanaan gaji minimum yang diumumkan kerajaan sebelum ini masih menjadi pertikaian dan persoalan dikalangan pekerja industri dan swasta.Harap ada juga berita baik kepada pekerja swasta.
Walaubagaimanapun tahniah kepada kakitangan awam atas insentif kerajaan ini.Diharap ia akan memberi motivasi dan semangat untuk bekerja dengan penuh dedikasi.
Berita mengenai pengumuman ini sila klik ( sini)
Kepada pekerja swasta amnya dan warga industri khususnya yang masih ‘bergelut’ untuk mendapatkan hak dan ‘kenikmatan’ daripada pelaksanaan gaji minimum,teruslah bersatu dan berjuang......
14 MAC 2013,Tindakan Perusahaan (PIKET 2.0) di Kementerian Sumber Manusia anjuran Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM).
Berita mengenai pengumuman ini sila klik ( sini)
Kepada pekerja swasta amnya dan warga industri khususnya yang masih ‘bergelut’ untuk mendapatkan hak dan ‘kenikmatan’ daripada pelaksanaan gaji minimum,teruslah bersatu dan berjuang......
Friday, 8 March 2013
Kesatuan Elektronik umumkan PIKET 2.0 di putrajaya minggu depan
Semalam Presiden Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia(KSIEWBSM) Wan NoorulAzhar telah mengumumkan PIKET 2.0 akan berlangsung pada 14 Mac 2013 di Putrajaya melalui Facebook beliau.Piket ini dianjurkan berkait rapat dengan isu pekerja seperti Union busting,pelaksanaan gaji minimum,penghapusan kontraktor tenaga kerja dan pengiktirafan Kesatuan.
Menurut beliau,KSIEWBSM mahu isu berkaitan dipandang serius dan diambil tindakan wajar untuk kebaikan pekerja dan seterusnya dapat mengharmonikan suasana kerja seperti yang sepatutnya.Semua ahli telah memberi kepercayaan kepada KSIEWBSM untuk Piket kali ini dan akan beramai-ramai turut serta pada piket kali ini.Ini memberi petanda jelas kepada Kementerian Sumber Manusia yang PIKET 2.0 ini akan lebih ramai berbanding Piket sebelum ini.
Kesatuan Sekerja dari sektor yang lain juga dialu-alukan bersama dengan KSIEWBSM dalam mendukung prinsip solidarity bagi memeriahkan lagi piket ini dan seterusnya memberi isyarat jelas kepada kerajaan amnya dan Kementerian Sumber Manusia khususnya mengenai isu dan permasalahan warga kerja swasta.
Oleh yang demikian,sebarkan dan marilah warga pekerja...kita bersatu dan bergerak sebagai satu pasukan dalam PIKET 2.0 ini.Suara kebangkitan pekerja akan bergema di Putrajaya.

PIKET 2.0 PUTRAJAYA
14 MAC 2013
Tuesday, 5 March 2013
Piket Isu tuntutan kenaikan gaji diteruskan lagi
Dilaporkan mengenai satu perhimpunan di sebuah syarikat automotif bagi menggesa majikan mereka bersikap lebih adil untuk pelarasan gaji susulan pelaksanaan gaji minimum.Mereka mempersoalkan tindakan majikan yang hanya menaikkan gaji di bawah paras RM900 sedangkan bagi pekerja lama tidak menikmati langsung kenaikan gaji.Ini menyebabkan gaji pekerja lama masih lagi di takuk yang lama sedangkan pekerja lama adalah pekerja yang telah banyak berjasa kepada syarikat.
Piket ini dikatakan berlangsung selama 30 minit dan dihadiri seramai 100orang pekerja yang turut kelihatan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Peralatan Pengangkutan,saudara N Gopal.
berita penuh sila klik (sini)

Monday, 4 March 2013
Setiausaha Agung MTUC Digugurkan
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengadakan mesyuarat khas majlis am memutuskan untuk menggugurkan Abdul Halim Mansor sebagai setiausaha agung badan induk kesatuan sekerja itu berkuat kuasa hari ini.
Keputusan itu diambil selaras dengan peruntukan Seksyen 10(5) Perlembagaan MTUC di mana setiausaha agung boleh ditamatkan perkhidmatan meskipun dipilih pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali atas alasan gagal menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan memuaskan.
Ini kali pertama seorang setiausaha agung ditamatkan tempoh perkhidmatan di bawah peruntukan tersebut.
Pemegang jawatan itu boleh dilucutkan jawatan selepas dua tahun jika majlis am merasakan tugas dan tanggungjawab setiausaha agung tidak memuaskan.
"Keputusan hari ini, majlis am memutuskan Halim bukan lagi setiausaha agung dan seorang setiausaha agung yang baru akan dipilih oleh majlis am, memangku jawatan itu, sehingga persidangan perwakilan tiga tahun sekali diadakan," kata seorang pegawai kanan MTUC kepada Sinar Harian Online.
Usaha mendapatkan kenyataan Halim dan Presiden MTUC, Khalid Atan masih belum berhasil.
Majlis am dijadual berlangsung dalam tempoh dua hingga empat minggu ini bagi menentukan setiausaha agung baru. Timbalan Setiausaha Agung, Samuel Devadasan akan memangku jawatan setiausaha agung sehingga pengganti dipilih.
Usul untuk menggugurkan Halim diluluskan 42 menyokong dan 24 menentang. Mesyuarat majlis am berlangsung hampir tiga jam sejak 10 pagi tadi.
Ini kali ketiga usaha menggugurkan Halim dibawa.
Pada tahun 2011 dan 2012, beberapa kesatuan gabungan telah membawa usul undi tidak percaya ke atas presiden dan setiausaha agung MTUC berhubung kontroversi pindaan Akta Kerja, yang diluluskan Parlimen akhir 2011.
Khalid Atan dan Halim masing-masing menang pemilihan MTUC Disember 2010.
Dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online bulan lepas, Halim menafikan dakwaan beliau gagal dalam tanggungjawabnya dan akan bertanding semula pada pemilihan tahun ini.
Beberapa kesatuan gabungan sebelum ini mendakwa seolah-olah MTUC tidak lagi memainkan peranan yang diharapkan dan sudah tidak dihormati oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan.
MTUC memprotes Akta Kerja khususnya peruntukan yang berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja.
Dalam pada itu, Pengerusi MTUC Selangor, N. Gopal Krishnam ketika dihubungi berkata, pihaknya terpaksa menggunakan Seksyen 10(5) sebagai usaha terakhir untuk menggugurkan Halim daripada jawatannya selepas tidak berpuas hati dengan prestasi beliau sepanjang dua tahun lalu.
"Isu gaji minimum dan umur persaraan sektor swasta adalah antara perkara yang membawa kepada tindakan ini.
"Selepas usaha memperbaiki keadaan tidak berhasil, kami menggunakan Seksyen 10(5)... pada ingatan saya, ini kali pertama seorang setiausaha agung digugurkan selepas dua tahun berkhidmat, berdasarkan peruntukan ini," katanya.
Beliau yang membawa usul ini pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif bulan lalu berkata, "kami mahu MTUC komited memperjuangkan kepentingan pekerja... itu yang kami harapkan."
"Jadi pemimpin-pemimpin juga perlu komited," kata beliau yang yakin MTUC tidak akan terjejas atau berpecah dengan perkembangan hari ini.
SUMBER DARI http://www.sinarharian.com.my

Friday, 1 March 2013
MUSIM PIKET DI SELURUH MALAYSIA TANDA KEBANGKITAN PEKERJA?
Sejak kebelakangan ini beberapa piket oleh pekerja swasta telah berlangsung di seluruh Malaysia.Kebanyakan piket ini berkisar kepada pelaksanaan gaji minimum dan menuntut kerajaan bertindak lebih adil dengan pekerja di Malaysia terutama pekerja swasta.Piket yang dianjurkan di beberapa tempat dikatakan berjaya dengan kehadiran warga pekerja yang ramai.Sokongan yang diberikan oleh pekerja ini wajar dilihat dengan lebih serius oleh kerajaan akan tuntutan pekerja swasta yang dilihat tidak diberi perhatian sebaiknya sebelum ini.Beberapa siri piket ini dilihat membawa kebangkitan SUARA PEKERJA yang diharap akan memberi mesej jelas kepada kerajaan.
Antara siri piket yang telah berlangsung adalah siri piket Automotif seperti di proton lihat (sini)
begitu juga di DRB-HICOM di Parlimen Perdana Menteri sendiri di Pekan sila lihat (sini)
Di selatan tanah air siri piket juga telah diadakan iaitu di johor sila lihat (sini)
Pekerja di Utara semenanjung juga tidak terkecuali untuk mengadakan piket lihat (sini)
Sementara itu,Kesatuan sekerja Bank Malaysia (NUBE) pula telah mengadakan 'roadshow' piket seluruh Malaysia contohnya lihat di (sini)
Jelas di sini pekerja swasta telah mula bangkit dalam menuntut kerajaan lebih prihatin dan membantu golongan ini yang merasakan diketepikan.Maklumat yang diterima beberapa siri piket akan terus berlangsung selepas ini termasuk dari sektor elektonik yang dikhabarkan akan mengadakan piket di Putrajaya.Jika Kerajaan masih tidak mengambil tindakan wajar mungkin juga akan ada HIMPUNAN KEBANGKITAN PEKERJA tidak lama lagi.
kepada pekerja dan rakan seperjuangan...Teruslah berjuang,berjuang hingga menang...Kita mahukan keadilan...kita mahukan pembelaan....kita juga rakyat yang mahu merasai apa itu kesenangan...keringat kita dikerah untuk keuntungan...Jadi kita juga berhak untuk kebajikan....
kepada kerajaan diharap tidak memandang sebelah mata akan kebangkitan pekerja swasta ini kerana kebanyakan mereka adalah pengundi yang akan mengundi di PRU-13.jika seluruh pekerja swasta bersatu,tidak mustahil kerajaan yang ada kini akan tumbang.Ini bukan ugutan tapi sejarah telah menceritakannya..Oleh itu,ambil perhatian!!Listen,listen,listen......

Subscribe to:
Posts (Atom)