Wednesday, 24 April 2013

Calon PRU13 perlu mengiktiraf Manifesto Pekerja untuk mendapat sokongan MTUC dan undi pekerja swasta?

Hari ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) telah membentangkan 9 tuntutan utama dalam manifesto pekerja bagi diiktiraf oleh calon yang bertanding dalam Pilihanraya ke-13(PRU13).Tanpa mahu mencampuri hal politik kini,MTUC melalui Presidennya Mohd Khalid Atan menjelaskan akan kepentingan tuntutan ini kepada kaum pekerja terutamanya pekerja swasta.

Menurut beliau,MTUC akan menyokong penuh calon PRU13 yang mengiktiraf dan mahu merealisasikan tuntutan-tuntutan ini yang dibuat untuk memberi manfaat kepada umum secara keseluruhannya.Pekerja juga mahu bakal kerajaan yang dibentuk melaksanakan undang-undang yang digubal dengan tegas  dan bukannya di lewatkan, ditangguh atau dimansuhkan atas desakan dan permintaan dari pihak-pihak yang mementingkan kepetingan sendiri terutamanya atas pengaruh dari pihak syarikat besar(multi Nasional corporation) atau mana-mana krooni yang inginkan keuntangan semata-mata dari memberi keutamaan kepdaa kebajikan kaum pekerja.

Setiausaha Agong MTUC, Gopalkishnam pula menyatakan bahawa segala tuntutan yang dibuat oleh MTUC adalah selari selari dengan hak asasi dan Undang-undang Perburuhan Antarabangsa (ILO) dan mampu dilaksanakan oleh pihak yang akan memegang tampuk pemerintahan nanti.

Antara tuntutan dalam manifesto ini :

  1. Menghapuskan dengan serta merta, segala bentuk ancaman, penindasan, tindakan yang menghakis kualiti hidup dan menggugat kesejahteraan kaum pekerja.
  2. Menghentikan semua jenis amalan diskriminasi pekerjaan tanpa mengira kaum, gender, agama dan sebagainya; 
  3. Menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dengan mengiktiraf dan mengubal segala undang undang yang menyekat hak kebebasan berkesatuan dan hak bersuara;
  4. Meminda peruntukan undang-undang buruh yang lapuk  dengan mematuhi Deklarasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1998 berkenaan prinsip prinsip asasi dan hak hak di tempat kerja;
  5. Mengutamakan Jaminan Pekerjaan (Job Security);
  6. Menghapuskan pengswastaan semua perkhidmatan keperluan asas awam; 
  7. Menghapuskan amalan penyumberluaran (out-sourcing) dan penggajian pekerja secara  sistem kontrak;
  8. Pengambilan dan pengurusan pekerja pekerja asing hanya melalui,  Kerajaan ke Kerajaan (Government to Government);
  9. Membina lebih banyak rumah mampu milik bagi pekerja pekerja yang berpendapatan rendah.

Oleh itu,kepada calon-calon dan parti politik  yang bertanding pada PRU13 ini perlulah mengiktiraf manifesto pekerja ini untuk mendapat sokongan dan undi pekerja swasta.
untuk kisah mengenai tuntutan ini sila klik(sini)

Monday, 22 April 2013

Subramaniam akan hadapi "kesukaran" dalam PRU13 di Segamat?

Bekas menteri Sumber Manusia,Dato' Seri Dr. S.Subramaniam berkemungkinan akan menghadapi saat getir dalam karier politiknya dalam pilihanraya ke-13(PRU13) yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.Beliau yang bertanding di P.140 Parlimen Segamat akan menghadapi calon "heavyweight' dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Chua Jui Meng.

Subramaniam yang juga penyandang Parlimen tersebut bukan sahaja akan menghadapi lawan yang berpengaruh di Johor itu tetapi juga dilaporkan akan menghadapi kempen dari Kesatuan sekerja yang melihat kegagalan beliau dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pekerja semasa menjadi Menteri Sumber Manusia.

Perkara ini telah dibawa ke mesyuarat majlis Am MTUC yang telah memutuskan untuk mendedahkan perkara dan isu yang berkaitan pekerja di tempat beliau bertanding agar masyarakat di situ menyedari dan mengenali siapa calon mereka ini.

Banyak isu-isu pekerja yang dikatakan gagal ditangani oleh S.Subramaniam seperti gagal menghalang sistem kerja kontrak (outsourching) ,gagal menguatkuasakan gaji minima dengan sepenuhnya sehingga berlaku "piket" di seluruh Malaysia,gagal meningkatkan sosio ekonomi pekerja swasta,gagal menghalang "union busting" dan gagal membantu penubuhan kesatuan sekerja.

Pemimpin Kesatuan Sekerja dibawah naungan MTUC akan turun ke Parlimen Segamat dibantu oleh warga kerja akan mendedahkan perkara berbangkit mengenai isu-isu pekerja dan seterusnya mengajak masyarakat menolak S.Subramaniam sebagai Ahli Parlimen Segamat seterusnya kembali menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia.

Lantaran itu,kepada semua pekerja swasta di seluruh Malaysia amnya dan sekitar negeri Johor khasnya diminta beramai-ramai 'turun' ke Segamat untuk membantu dalam mendedahkan kegagalan bekas menteri sumber manusia ini...Ayuh bangkit suara pekerja tumbangkan S.Subramaniam!!!!
melihat antara  kegagalan S.Subramaniam klik (sini)
tuntutan pekerja sila klik (sini)