Menurut beliau,KSIEWBSM mahu isu berkaitan dipandang serius dan diambil tindakan wajar untuk kebaikan pekerja dan seterusnya dapat mengharmonikan suasana kerja seperti yang sepatutnya.Semua ahli telah memberi kepercayaan kepada KSIEWBSM untuk Piket kali ini dan akan beramai-ramai turut serta pada piket kali ini.Ini memberi petanda jelas kepada Kementerian Sumber Manusia yang PIKET 2.0 ini akan lebih ramai berbanding Piket sebelum ini.
Kesatuan Sekerja dari sektor yang lain juga dialu-alukan bersama dengan KSIEWBSM dalam mendukung prinsip solidarity bagi memeriahkan lagi piket ini dan seterusnya memberi isyarat jelas kepada kerajaan amnya dan Kementerian Sumber Manusia khususnya mengenai isu dan permasalahan warga kerja swasta.
Oleh yang demikian,sebarkan dan marilah warga pekerja...kita bersatu dan bergerak sebagai satu pasukan dalam PIKET 2.0 ini.Suara kebangkitan pekerja akan bergema di Putrajaya.
PIKET 2.0 PUTRAJAYA
14 MAC 2013

No comments:
Post a Comment