Monday, 22 April 2013

Subramaniam akan hadapi "kesukaran" dalam PRU13 di Segamat?

Bekas menteri Sumber Manusia,Dato' Seri Dr. S.Subramaniam berkemungkinan akan menghadapi saat getir dalam karier politiknya dalam pilihanraya ke-13(PRU13) yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.Beliau yang bertanding di P.140 Parlimen Segamat akan menghadapi calon "heavyweight' dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Chua Jui Meng.

Subramaniam yang juga penyandang Parlimen tersebut bukan sahaja akan menghadapi lawan yang berpengaruh di Johor itu tetapi juga dilaporkan akan menghadapi kempen dari Kesatuan sekerja yang melihat kegagalan beliau dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pekerja semasa menjadi Menteri Sumber Manusia.

Perkara ini telah dibawa ke mesyuarat majlis Am MTUC yang telah memutuskan untuk mendedahkan perkara dan isu yang berkaitan pekerja di tempat beliau bertanding agar masyarakat di situ menyedari dan mengenali siapa calon mereka ini.

Banyak isu-isu pekerja yang dikatakan gagal ditangani oleh S.Subramaniam seperti gagal menghalang sistem kerja kontrak (outsourching) ,gagal menguatkuasakan gaji minima dengan sepenuhnya sehingga berlaku "piket" di seluruh Malaysia,gagal meningkatkan sosio ekonomi pekerja swasta,gagal menghalang "union busting" dan gagal membantu penubuhan kesatuan sekerja.

Pemimpin Kesatuan Sekerja dibawah naungan MTUC akan turun ke Parlimen Segamat dibantu oleh warga kerja akan mendedahkan perkara berbangkit mengenai isu-isu pekerja dan seterusnya mengajak masyarakat menolak S.Subramaniam sebagai Ahli Parlimen Segamat seterusnya kembali menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia.

Lantaran itu,kepada semua pekerja swasta di seluruh Malaysia amnya dan sekitar negeri Johor khasnya diminta beramai-ramai 'turun' ke Segamat untuk membantu dalam mendedahkan kegagalan bekas menteri sumber manusia ini...Ayuh bangkit suara pekerja tumbangkan S.Subramaniam!!!!
melihat antara  kegagalan S.Subramaniam klik (sini)
tuntutan pekerja sila klik (sini)




No comments:

Post a Comment