Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kerajaan agar tidak melayan desakan Presiden MCA Chua Soi Lek mengenai pelaksanaan gaji minimum baru-baru ini.MTUC melalui Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor juga menyifatkan Chua sebagai "jurucakap golongan kaya" dan parti MCA pula "tidak banyak pilihan melainkan menyuarakan sokongan kepada tuntutan pemimpin industri".
Abdul Halim jua merasakan bahawa Chua tidak peduli dan fahami akan keperluan pekerja yang bertungkus lumus setiap hari untuk gaji serendah RM500 sebulan sebelum ini.
Chua Soi Lek baru-baru ini telah memberi kata dua kepada menteri sumber manusia Datuk Seri S Subramaniam untuk menyelesaikan mengenai dasar gaji minimum sebelum sambutan Tahun Baru Cina bulan depan dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang mahu mengadakan perhimpunan bagi membantah dasar tersebut sekiranya Subramaniam gagal menyelesaikan isu berkenaan.Beliau mahu kerajaan menerima cadangan MCA supaya bayaran levi, hostel dan makanan ditanggung oleh pekerja asing yang kononnya jika tidak diterima akan mengakibatkan IKS muflis
Tindakan MCA yang secara tiba-tiba menuntut kerajaan mengubah pendirian berhubung dasar berkenaan turut dipersoalkan MTUC kerana isu tersebut sudahpun dibahaskan sebelum diputuskan pada Mac tahun lalu dan diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri mengumumkan keputusan mengenai mengenai dasar berkenaan pada April 2012.Pelaksanaa gaji minimum ini juga diluluskan melalui Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan perintah gaji minimum diwartakan Julai 2012
No comments:
Post a Comment