Hari ini kerajaan melalui kementerian kewangan telah bersetuju menguatkuasakan semula dasar levi pekerja asing 1992 dengan bayaran levi tersebut dibayar sepenuhnya oleh pekerja asing tersebut.Dasar itu telah akan berkuatkuasa serta-merta kepada pekerja asing baharu atau yang mahu memperbaharui pas kerja menurut menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
rujuk berita (sini)
keputusan ini dilihat kerajaan tunduk kepada tuntutan majikan yang disokong oleh MCA berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.MCA dalam kenyataan melalui presidennya baru-baru ini telah memberi tempoh kepada kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan gaji minimum ini terutama mengenai pembayaran levi yang ditanggung oleh majikan yang kononnya telah dibebani dengan kenaikan pembayaran gaji pekerja 30 hingga 50peratus sebulan.
Tindakan ini jelas memberi peluang kepada majikan untuk terus mengambil pekerja asing sebagai pekerja mereka dan ternyata sekali telah memberi tamparan kepada menteri sumber dan manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang menjangkakan pelaksanaan dasar gaji minimum bermula 1 Jan lepas akan meningkatkan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja warga asing.Kenyataan tersebut boleh klik (sini)
Keputusan kerajaan ini jelas akur dan tunduk kepada tuntutan majikan yang mahu dasar levi pekerja asing ini dikaji dan pembayaran levi tersebut dibuat oleh pekerja tersebut.Tindakan ini jua diambil serta merta kerana kononnya tidak mahu membebankan majikan terutama perusahaan kecil dan sederhana sedangkan kerajaan boleh melihat dari sudut jika majikan tersebut tidak mampu untuk membayar levi pekerja asing,maka adalah lebih baik jika majikan tersebut tidak menggaji pekerja asing dan seterusnya membuka ruang kepada pekerja tempatan.Percaya atau tidak,keprihatinan kerajaan kepada perusahaan kecil ini akan membuka ruang kesempatan jua kepada majikan yang berstatus multinasional untuk terus mendesak kerajaan dalam isu pelaksanaan gaji minimum ini.
Akhirnya yang menerima kesan dan implikasinya adalah pekerja itu sendiri.Pelaksanaan gaji minimum yang diumumkan kerajaan sebelum ini dilihat acuh tidak acuh dalam membela nasib kaum pekerja terutamanya pekerja swasta di negara ini.Sikap kementerian sumber manusia yang membenarkan elaun-elaun dimasukkan ke dalam gaji pokok melalui perundingan juga dilihat mengecewakan kebanyakan pekerja.
No comments:
Post a Comment