Maksud gaji minimum di bawah Perintah Gaji Minimum 2012 adalah sama dengan tafsiran gaji minimum di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) iaitu gaji minimum adalah gaji pokok. Ini Bermakna mulai bulan Januari 2013 ini,gaji pokok pekerja adalah RM900.
Tujuan atau objektif dasar gaji minimum ini dilaksanakan adalah :
(a) untuk memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dapat dipenuhi;
(b) untuk memberikan perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja-pekerja; (c) untuk menggalakkan industri meningkatkan rantaian pengeluaran global dengan
melabur dalam intensif teknologi dan meningkatkan produktiviti buruh; dan
(d) untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing tidak mahir
Persoalannya apakah pekerja merasai impak yang positif melalui pelaksanaan dasar gaji minimum ini.Dengar juga desas-desus rungutan akan ketidakpuashatian mengenai tindakan majikan yang rancak memasukkan elaun-elaun ke dalam gaji pokok ini agar gaji pokok itu mencapai gaji RM900.Alasan yang diberikan oleh majikan itu adalah ketidakupayaan sumber kewangan untuk melaksanakan dasar gaji minimum tersebut.
Kemurahan hati kerajaan ini membuatkan ada majikan termasuklah yang bertaraf multinasional dengan rakus ‘merampas’ elaun-elaun ini untuk dimasukkan ke dalam gaji pokok agar syarikat tidak menerima ‘kerugian’ akibat pelaksanaan dasar gaji ini.Pekerja yang tidak tahu dan menyedari akan perkara ini hanya mampu menerima keadaan ini tanpa kerelaan dengan penuh ‘keterpaksaan’.
Malang sungguh nasib pekerja yang baru sahaja mahu menikmati kenaikan gaji ini tapi terpaksa mengorbankan elaun-elaun untuk mendapat gaji minimum yang diumumkan kerajaan ini.Inilah yang dikatakan “ambil dari pekerja,beri semula kepada pekerja”.Lebih tragis apabila sepatutnya majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memasukkan elaun ini,hanya dimaklumkan melalui sepucuk surat pemberitahuan tanpa dipersetujui oleh pekerja itu sendiri.
Kepada pekerja yang menerima keadaan ini adalah dinasihatkan membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja melalui kesatuan sekerja masing-masing atau NGO pekerja.Jangan sekadar mendiamkan diri dan memberi peluang majikan mengambil kesempatan ini.Majikan boleh didakwa jika memasukkan elaun tanpa PERUNDINGAN dengan pekerja.Jangan biarkan ada pihak yang menangguk di air yang keruh :-)
Rujukan (sini)
persoalan lazim (sini)

No comments:
Post a Comment