Saturday, 2 February 2013

Bicara Isu Isu Pekerja Bersama YB Senator Tn Syed Shahir, Saudara Charles Hector & pimpinan kesatuan.

Hari ini telah dimaklumkan  berlangsungnya sebuah perjumpaan pemimpin dan pejuang pekerja di Pejabat peguam hak asasi manusia Charles hector di Temerloh.Perjumpaan yang dihadiri oleh Saudara Charles Hector sebagai tuan rumah program ini juga dihadiri YB Senator Tn Syed Shahir dan beberapa pemimpin kesatuan termasuk dari luar Pahang.Dianggarkan seramai 40 orang  hadir diperjumpaan ini.
Perjumpaan ini diadakan bertujuan membincangkan dan berbicara mengenai isu-isu semasa terutama berkaitan pengiktirafan Kesatuan Sekerja,Pelaksaan gaji minimum  dan Kontraktor tenaga kerja disamping berkongsi isu serta permasalahan yang dihadapi kesatuan sekerja.YB Senator Tn Syed Shahir pula menyentuh mengenai isu di dalam Dewan Negara dan kesedaran kaum pekerja di masa hadapan.
Program ini dapat memberi input dan maklumat yang berguna kepada pemimpin dan pejuang pekerja yang hadir disamping berkongsi ilmu dalam perjuangan pekerja ini.Program ini seharusnya diteruskan dan diperluaskan ke seluruh negara dalam memberi kesedaran kepada kaum pekerja mengenai hak dan perjuangan kaum pekerja.Semoga lebih ramai  lagi yang akan bersama-sama dalam perjumpaan seperti inidi masa hadapan.Syabas kepada saudara Charles Hector,YB Senator Tn Syed Shahir dan semua kepimpinan serta pejuang yang hadir pada perjumpaan ini. HIDUP PEKERJA!

No comments:

Post a Comment