Hari ni Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM) telah mengadakan tindakan perusahaan (piket) yang dinamakan PIKET 2.0 di Kementerian Sumber Manusia.Piket ini diadakan kerana KSIEWBSM melihat Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan(JPP) gagal untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai pengiktirafan Kesatuan beberapa kilang elektronik di bawah KSIEWBSM yang telah menjangkau sehingga 3 tahun lebih.
Hari ini KSIEWBSM telah mengadakan piket tersebut di hadapan pejabat Kementerian Sumber Manusia pada pukul 3.15 petang dengan kehadiran 150 pekerja.Presiden KSIEWBSM Wan Noorulazhar berkata,kehadiran mereka adalah tanda kecewa dengan isu pengiktirafan Kesatuan yang dikatakan telah mengambil masa yang agak lama sedangkan piagam atau polisi yang ada di Kementerian mengenai perkara ini tidaklah mengambil masa sebegitu lama.Tempoh masa yang diambil oleh pihak JPP dibawah Kementerian Sumber Manusia ini amat dikesali kerana akan memberi kesan kepada pekerja seperti menerima tekanan daripada majikan sehinggakan ada pekerja yang dipecat dan isu Union busting akan berlaku.Isu pengiktirafan ini juga memberi kesan kepada kebanyakan isu seperti isu pelaksanaan gaji minimum yang memberi ruang kepada majikan memasukkan elaun-elaun dalam gaji tanpa PERUNDINGAN dan isu Kontraktor Tenaga Kerja.Kebanyakan pekerja eletronik di bawah KSIEWBSM menerima kesan daripada isu-isu ini dan beliau yakin pekerja sektor lain juga menerima nasib yang sama.
Menurut beliau lagi,PIKET 2.0 ini adalah kesinambungan piket terdahulu iaitu pada 12 Ogos 2011 di tempat yang sama dan isu yang sama.Ini jelas melihat ketidakseriusan pihak Kementerianmelalui Jabatannya menangani perkara ini dan memungkiri janji pada perbincangan yang lalu mahu meyelesaikan perkara ini dengan segera.
untuk melihat video klik di(sini)
SUASANA PIKET 2.0


Gambar aku x der pon
ReplyDelete