Lebih 80 jenis elaun akan dikaji semula dalam sektor awam untuk kesamarataan dan kemunasabahan sebelum diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Itu adalah berita gembira yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada penjawat awam termasuk gaji statik.
Jika benar maka Sungguh bertuah pekerja awam tatkala pekerja swasta pula masih dihimpit kedukaan kerana pelaksanaa dasar gaji minimum menyebabkan pekerja-pekerja pula kehilangan elaun-elaun yang dinikmati sebelum ini.Bukan cemburu dengan pekerja sektor awam tetapi sebagai rakyat Malaysia dan juga pekerja yang turut menyumbang kepada kemajuan negara,seharusnya kerajaan juga prihatin dengan nasib pekerja swasta.Janganlah tunggu pekerja membuat Himpunan Kebangkitan Pekerja di Putrajaya baru hendak mendengar keluh kesah pekerja swasta.
Berita (sini)
SUARA PEKERJA!!!SUARA KESATUAN!!!SUARA KESEDARAN!!!SUARA KEBANGKITAN....!!!dari pekerja untuk pekerja
Saturday, 9 February 2013
Himpunan kebangkitan suara pekerja automotif protes tentang gaji
Tanggal 8 Februari 2013,Kebangkitan suara pekerja dari sektor automotif mengambil tempat dalam piket yang diadakan di Shah Alam dan Tanjung Malim..Lihat (sini) juga (sini)
Isu yang diketengahkan adalah berkaitan dasar gaji minimum yang dilaksanakan.
Selain itu,Piket juga dikatakan diadakan di Pekan Pahang yang turut dihadiri oleh YB Senator Syed Shahir.Khabarnya piket yang berlangsung meriah dan akan menjadi platform untuk kebangkitan pekerja seluruh Malaysia... Selepas ini sektor lain diharap akan mengambil tempat dalam piket menyatakan ketidakpuashatian pekerja bawahan mengenai dasar gaji minimum ini yang dilihat pelaksanaanya seperti 'melepaskan batuk ditangga'....HIDUP PEKERJA!!
berita (disini)
Lagi Berita (sini)

Saturday, 2 February 2013
Bicara Isu Isu Pekerja Bersama YB Senator Tn Syed Shahir, Saudara Charles Hector & pimpinan kesatuan.
Hari ini telah dimaklumkan berlangsungnya sebuah perjumpaan pemimpin dan pejuang pekerja di Pejabat peguam hak asasi manusia Charles hector di Temerloh.Perjumpaan yang dihadiri oleh Saudara Charles Hector sebagai tuan rumah program ini juga dihadiri YB Senator Tn Syed Shahir dan beberapa pemimpin kesatuan termasuk dari luar Pahang.Dianggarkan seramai 40 orang hadir diperjumpaan ini.
Perjumpaan ini diadakan bertujuan membincangkan dan berbicara mengenai isu-isu semasa terutama berkaitan pengiktirafan Kesatuan Sekerja,Pelaksaan gaji minimum dan Kontraktor tenaga kerja disamping berkongsi isu serta permasalahan yang dihadapi kesatuan sekerja.YB Senator Tn Syed Shahir pula menyentuh mengenai isu di dalam Dewan Negara dan kesedaran kaum pekerja di masa hadapan.
Program ini dapat memberi input dan maklumat yang berguna kepada pemimpin dan pejuang pekerja yang hadir disamping berkongsi ilmu dalam perjuangan pekerja ini.Program ini seharusnya diteruskan dan diperluaskan ke seluruh negara dalam memberi kesedaran kepada kaum pekerja mengenai hak dan perjuangan kaum pekerja.Semoga lebih ramai lagi yang akan bersama-sama dalam perjumpaan seperti inidi masa hadapan.Syabas kepada saudara Charles Hector,YB Senator Tn Syed Shahir dan semua kepimpinan serta pejuang yang hadir pada perjumpaan ini. HIDUP PEKERJA!

Friday, 1 February 2013
Kemasukkan elaun-elaun ke dalam gaji pokok untuk pelaksanaan dasar gaji minimum?
Pada 1 Januari 2013 yang lalu telah berkuatkuasa pelaksanaan gaji minimum melalui subseksyen 23(1) Akta Perundingan Majlis Negara 2011(Akta 732).perintah pelaksanaan gaji minimum ini bolehlah disebut sebagai Perintah Gaji Minimum 2012.
Maksud gaji minimum di bawah Perintah Gaji Minimum 2012 adalah sama dengan tafsiran gaji minimum di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) iaitu gaji minimum adalah gaji pokok. Ini Bermakna mulai bulan Januari 2013 ini,gaji pokok pekerja adalah RM900.
Tujuan atau objektif dasar gaji minimum ini dilaksanakan adalah :
(c) untuk menggalakkan industri meningkatkan rantaian pengeluaran global dengan
melabur dalam intensif teknologi dan meningkatkan produktiviti buruh; dan
(d) untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing tidak mahir
Persoalannya apakah pekerja merasai impak yang positif melalui pelaksanaan dasar gaji minimum ini.Dengar juga desas-desus rungutan akan ketidakpuashatian mengenai tindakan majikan yang rancak memasukkan elaun-elaun ke dalam gaji pokok ini agar gaji pokok itu mencapai gaji RM900.Alasan yang diberikan oleh majikan itu adalah ketidakupayaan sumber kewangan untuk melaksanakan dasar gaji minimum tersebut.
Bolehkah elaun dimasukkan ke dalam gaji pokok?Persoalan ini yang menghantui kaum pekerja yang baru sahaja mahu merasai 'nikmat' kenaikan gaji yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Mei yang lalu .Nyata rayuan dan permintaan majikan ini didengari oleh kerajaan dengan membenarkan elaun-elaun dimasukkan ke dalam gaji pokok NAMUN perlulah melalui PERUNDINGAN antara majikan dan kesatuan sekerja atau pekerja tertakluk kepada peruntukan perenggan 6 Perintah Gaji Minimum 2012.
Kemurahan hati kerajaan ini membuatkan ada majikan termasuklah yang bertaraf multinasional dengan rakus ‘merampas’ elaun-elaun ini untuk dimasukkan ke dalam gaji pokok agar syarikat tidak menerima ‘kerugian’ akibat pelaksanaan dasar gaji ini.Pekerja yang tidak tahu dan menyedari akan perkara ini hanya mampu menerima keadaan ini tanpa kerelaan dengan penuh ‘keterpaksaan’.
Malang sungguh nasib pekerja yang baru sahaja mahu menikmati kenaikan gaji ini tapi terpaksa mengorbankan elaun-elaun untuk mendapat gaji minimum yang diumumkan kerajaan ini.Inilah yang dikatakan “ambil dari pekerja,beri semula kepada pekerja”.Lebih tragis apabila sepatutnya majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memasukkan elaun ini,hanya dimaklumkan melalui sepucuk surat pemberitahuan tanpa dipersetujui oleh pekerja itu sendiri.
Kepada pekerja yang menerima keadaan ini adalah dinasihatkan membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja melalui kesatuan sekerja masing-masing atau NGO pekerja.Jangan sekadar mendiamkan diri dan memberi peluang majikan mengambil kesempatan ini.Majikan boleh didakwa jika memasukkan elaun tanpa PERUNDINGAN dengan pekerja.Jangan biarkan ada pihak yang menangguk di air yang keruh :-)
Rujukan (sini)
Maksud gaji minimum di bawah Perintah Gaji Minimum 2012 adalah sama dengan tafsiran gaji minimum di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) iaitu gaji minimum adalah gaji pokok. Ini Bermakna mulai bulan Januari 2013 ini,gaji pokok pekerja adalah RM900.
Tujuan atau objektif dasar gaji minimum ini dilaksanakan adalah :
(a) untuk memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dapat dipenuhi;
(b) untuk memberikan perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja-pekerja; (c) untuk menggalakkan industri meningkatkan rantaian pengeluaran global dengan
melabur dalam intensif teknologi dan meningkatkan produktiviti buruh; dan
(d) untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing tidak mahir
Persoalannya apakah pekerja merasai impak yang positif melalui pelaksanaan dasar gaji minimum ini.Dengar juga desas-desus rungutan akan ketidakpuashatian mengenai tindakan majikan yang rancak memasukkan elaun-elaun ke dalam gaji pokok ini agar gaji pokok itu mencapai gaji RM900.Alasan yang diberikan oleh majikan itu adalah ketidakupayaan sumber kewangan untuk melaksanakan dasar gaji minimum tersebut.
Kemurahan hati kerajaan ini membuatkan ada majikan termasuklah yang bertaraf multinasional dengan rakus ‘merampas’ elaun-elaun ini untuk dimasukkan ke dalam gaji pokok agar syarikat tidak menerima ‘kerugian’ akibat pelaksanaan dasar gaji ini.Pekerja yang tidak tahu dan menyedari akan perkara ini hanya mampu menerima keadaan ini tanpa kerelaan dengan penuh ‘keterpaksaan’.
Malang sungguh nasib pekerja yang baru sahaja mahu menikmati kenaikan gaji ini tapi terpaksa mengorbankan elaun-elaun untuk mendapat gaji minimum yang diumumkan kerajaan ini.Inilah yang dikatakan “ambil dari pekerja,beri semula kepada pekerja”.Lebih tragis apabila sepatutnya majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memasukkan elaun ini,hanya dimaklumkan melalui sepucuk surat pemberitahuan tanpa dipersetujui oleh pekerja itu sendiri.
Kepada pekerja yang menerima keadaan ini adalah dinasihatkan membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja melalui kesatuan sekerja masing-masing atau NGO pekerja.Jangan sekadar mendiamkan diri dan memberi peluang majikan mengambil kesempatan ini.Majikan boleh didakwa jika memasukkan elaun tanpa PERUNDINGAN dengan pekerja.Jangan biarkan ada pihak yang menangguk di air yang keruh :-)
Rujukan (sini)
persoalan lazim (sini)
Thursday, 31 January 2013
Kerajaan tunduk dengan desakan majikan mengenai dasar levi pekerja asing?
Hari ini kerajaan melalui kementerian kewangan telah bersetuju menguatkuasakan semula dasar levi pekerja asing 1992 dengan bayaran levi tersebut dibayar sepenuhnya oleh pekerja asing tersebut.Dasar itu telah akan berkuatkuasa serta-merta kepada pekerja asing baharu atau yang mahu memperbaharui pas kerja menurut menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
rujuk berita (sini)
keputusan ini dilihat kerajaan tunduk kepada tuntutan majikan yang disokong oleh MCA berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.MCA dalam kenyataan melalui presidennya baru-baru ini telah memberi tempoh kepada kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan gaji minimum ini terutama mengenai pembayaran levi yang ditanggung oleh majikan yang kononnya telah dibebani dengan kenaikan pembayaran gaji pekerja 30 hingga 50peratus sebulan.
Tindakan ini jelas memberi peluang kepada majikan untuk terus mengambil pekerja asing sebagai pekerja mereka dan ternyata sekali telah memberi tamparan kepada menteri sumber dan manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang menjangkakan pelaksanaan dasar gaji minimum bermula 1 Jan lepas akan meningkatkan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja warga asing.Kenyataan tersebut boleh klik (sini)
Keputusan kerajaan ini jelas akur dan tunduk kepada tuntutan majikan yang mahu dasar levi pekerja asing ini dikaji dan pembayaran levi tersebut dibuat oleh pekerja tersebut.Tindakan ini jua diambil serta merta kerana kononnya tidak mahu membebankan majikan terutama perusahaan kecil dan sederhana sedangkan kerajaan boleh melihat dari sudut jika majikan tersebut tidak mampu untuk membayar levi pekerja asing,maka adalah lebih baik jika majikan tersebut tidak menggaji pekerja asing dan seterusnya membuka ruang kepada pekerja tempatan.Percaya atau tidak,keprihatinan kerajaan kepada perusahaan kecil ini akan membuka ruang kesempatan jua kepada majikan yang berstatus multinasional untuk terus mendesak kerajaan dalam isu pelaksanaan gaji minimum ini.
Akhirnya yang menerima kesan dan implikasinya adalah pekerja itu sendiri.Pelaksanaan gaji minimum yang diumumkan kerajaan sebelum ini dilihat acuh tidak acuh dalam membela nasib kaum pekerja terutamanya pekerja swasta di negara ini.Sikap kementerian sumber manusia yang membenarkan elaun-elaun dimasukkan ke dalam gaji pokok melalui perundingan juga dilihat mengecewakan kebanyakan pekerja.

Wednesday, 30 January 2013
Suara MTUC terus tenggelam dimamah masa
Kongres Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melalui presidennya Datuk Omar Osman telah melaporkan bahawa Kerajaan telah memenuhi 18 tuntutan cuepacs sejak 2007.Antara permohonan dan tuntutan penting yang telah ditunaikan kerajaan adalah seperti pelarasana gaji sebamyak dua kali,lanjutan usia pencen,kenaikan elaun sara diri,penmbaikan gred perkhidmatan,cuti bersalin 90hari dan pelbagai lagi.
Datuk Omar Osman telah berucap kepada pemberita di Makan Malam Cuepacs bersama media.
berita lanjut boleh dirujuk (sini)
18tuntutan dan permohonan yang didakwa oleh cuepacs telah ditunaikan oleh kerajaan jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada pekerja sektor awam dan melihat kepekaan kepada keperluan 1.4juta pekerja awam namun bagaimana dengan beberapa tuntutan dan pelaksanaan buat pekerja swasta?
Isu gaji minimum yang masih menjadi persoalan dan pertikaian dalam pelaksanaannya yang keliru,isu umur persaraannya yang masih tidak jelas,isu "contractor for labour" yang jelas boleh membawa kepada 'perhambaan' pekerja masih lagi tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan.Sikap bermain tarik tali antara kerajaan,majikan dan MTUC terus menjadi persoalan dikalanga pekerja swasta.
Lantaran itu, MTUC dilihat tidak lagi bersuara dalam isu pekerja swasta dan dilihat lemah dalam soal memperjuangkan nasib pekerja di negara ini.Apakah suara MTUC tidak lagi relevan dan dipandang sinis oleh pihak kerajaan atau dasar MTUC kini yang membuatkan suara MTUC terus tenggelam dimamah masa?

Thursday, 24 January 2013
MTUC gesa kerajaan tidak melayan desakan MCA
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kerajaan agar tidak melayan desakan Presiden MCA Chua Soi Lek mengenai pelaksanaan gaji minimum baru-baru ini.MTUC melalui Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor juga menyifatkan Chua sebagai "jurucakap golongan kaya" dan parti MCA pula "tidak banyak pilihan melainkan menyuarakan sokongan kepada tuntutan pemimpin industri".
Abdul Halim jua merasakan bahawa Chua tidak peduli dan fahami akan keperluan pekerja yang bertungkus lumus setiap hari untuk gaji serendah RM500 sebulan sebelum ini.
Chua Soi Lek baru-baru ini telah memberi kata dua kepada menteri sumber manusia Datuk Seri S Subramaniam untuk menyelesaikan mengenai dasar gaji minimum sebelum sambutan Tahun Baru Cina bulan depan dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang mahu mengadakan perhimpunan bagi membantah dasar tersebut sekiranya Subramaniam gagal menyelesaikan isu berkenaan.Beliau mahu kerajaan menerima cadangan MCA supaya bayaran levi, hostel dan makanan ditanggung oleh pekerja asing yang kononnya jika tidak diterima akan mengakibatkan IKS muflis
Tindakan MCA yang secara tiba-tiba menuntut kerajaan mengubah pendirian berhubung dasar berkenaan turut dipersoalkan MTUC kerana isu tersebut sudahpun dibahaskan sebelum diputuskan pada Mac tahun lalu dan diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri mengumumkan keputusan mengenai mengenai dasar berkenaan pada April 2012.Pelaksanaa gaji minimum ini juga diluluskan melalui Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan perintah gaji minimum diwartakan Julai 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)